1. Bila boleh memohon?

Bermula daripada iklan disiarkan di akhbar iaitu dalam bulan Mac dan September setiap tahun.

2. Berapa kali pengambilan dalam setahun?

2 kali setahun iaitu pada Sesi Januari dan Sesi Julai setiap tahun.

3. Syarat-syarat kelayakan?

SYARAT KEMASUKAN

Am

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah bertaraf Bumiputera
  • Calon mestilah berumur antara 17 hingga 45 tahun
  • Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Berbadan sihat dan tidak cacat anggota

Khusus

  • Calon-calon mestilah mempunyai kelayakan akademik yang telah ditetapkan bagi mengikuti setiap latihan kemahiran di IKM/KKTM. Sila rujuk Syarat Kelayakan bagi SIJIL/DIPLOMA

4. Apakah jenis-jenis kursus yang ada di IKM dan KKTM?

Program Perdana

  • Sijil Kejuruteraan
  • Sijil Teknologi
  • Diploma Kejuruteraan
  • Diploma Teknologi

Program Pengajian Berterusan

  • Konsep Pengajian Sepanjang Hayat
  • Program Life-long Learning (2L) : 23 program (Remaja)
  • Program Pengukuhan : 2 program (Graduan, Pekerja)
  • Program Persediaan
  • Titian 1 (GIATMARA - IKM)
  • Titian 1A (TAHFIZ - IKM)
  • Titian 1C (ABM - IKM)

5. Jangkamasa kursus?

Bagi program Sijil tempoh pengajian adalah selama 2 (4 semester) – 3 tahun (6 semester) bergantung kepada kursus. Bagi program Diploma tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (6 semester).

6. Apakah cara permohonan?

Sijil              

  • Borang boleh dibeli dimana-mana Pejabat MARA Negeri atau Daerah dan IKM atau KKTM yang berdekatan
  • Online dengan melayari laman web :http://online.mara.gov.my/ikmonline

Diploma

  • Online dengan melayari laman web : http://online.mara.gov.my/upimonline

7. Dimanakah IKM atau KKTM?

IKM dan KKTM terdapat di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak mengikut kursus-kursus yang ditawarkan.

8. Apakah had umur bagi menyertai IKM dan KKTM?

17 hingga 45 tahun.

9. Adakah kursus yang ditawarkan sepenuh masa atau separuh masa?

Sepenuh masa sahaja.

10. Apakah peluang melanjutkan pelajaran daripada peringkat sijil?

  • KKTM
  • UNIKL
  • IPTA

11. Berapakah bayaran yuran yang dikenakan?

Yuran yang dikenakan hanyalah yuran pendaftaran

  • RM 450.00 (pendaftaran)
  • RM 350.00 (keperluan lain yang perlu dibeli pada hari lapor diri)

Yuran pengajian bagi sepanjang tempoh pengajian adalah percuma.

12. Adakah yuran semester atau yuran pengajian akan dikenakan?

Ditanggung sepenuhnya oleh MARA dan elaun disediakan bagi yang berkelayakan.

13. Adakah asrama disediakan?

Kemudahan asrama disediakan dan tertakluk kepada IKM

14. Berapakah jumlah elaun yang diberikan?

  • Bagi program Sijil - RM 210.00
  • Bagi program Diploma - RM 265.00

15. Apakah kelayakan bagi mendapat elaun?

Pendapatan bercukai ibubapa kurang daripada RM40,000 setahun.

16. Jika tolak tawaran, adakah akan disenarai hitamkan?

Tidak.

17. Bagaimana untuk membuat semakan status permohonan?

  • Laman portal www.ekemahiran.edu.my
  • Telefon terus ke pejabat MARA sekiranya tiada jawapan dalam tempoh 3 bulan atau anda tidak berjaya

18. Adakah penangguhan atau pertukaran dibenarkan?

Sebarang permohonan Penangguhan atau Pertukaran surat rasmi permohonan boleh dihantar terus ke Urusan Pelajar. Kebenaran adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

19. Adakah pelatih dikenakan memakai pakaian rasmi di IKM dan KKTM?

Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut IKM atau KKTM berkenaan.

20. Adakah kemudahan makanan disediakan?

Makanan disediakan tetapi bayaran akan ditolak daripada elaun pelajar.

21. Adakah perlu buat pinjaman untuk peringkat diploma?

Tidak perlu kerana yuran pengajian adalah ditanggung oleh MARA.

22. Bagi pelajar IKM – MIAT (Sijil Perakuan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Udara), adakah elaun diberi?

Tidak tetapi boleh mendapatkan pinjaman daripada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

23. Tiket penerbangan pelajar Sabah atau Sarawak ke semenanjung?

Perbelanjaan perjalanan akan dibiayai oleh MARA untuk perjalanan pergi (pendaftaran) dan perjalanan balik (tamat belajar) sahaja.

24. Cara mengisi Borang Pendaftaran Alumni secara on-line?

Disertakan Manual Penggunaan Pendaftaran On-line untuk rujukan.