"UMP-ESTERN SHADOW INDOOR ARCHERY TOURNAMENT 1.0 2017"

Button
Tahniah kepada pelajar MJII yang membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam kejohanan memanah dalam dewan terbuka buat julung kalinya anjuran Universiti Malaysia Pahang(UMP). 

Pusingan kalah mati kategori recurve wanita : Naib johan / Perak : Siti Nur Khairul Bariyyah. 

Pusingan kalah mati kategori recurve lelaki : Naib johan / Perak : Mohd Hisham Azeem(Sem5).

 

"TAHNIAH KEPADA KONTINJEN MALAYSIA DI WORLDSKILLS COMPETITION 2017, ABU DHABI"

Button

Syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Izuwan Bin Mat Rabi daripada Program Teknologi Pembuatan & Rekabentuk Perabot, STR IKM Sungai Petani di atas kejayaan mendapat Medallion For Excellent dalam bidang yang diwakilinya iaitu Cabinet Making di WSC 2017 Abu Dhabi.

Pertandingan WorldSkills telah berlangsung selama empat (4) hari bermula dari 15-18 Oktober 2017. Saudara Mohd Izuan merupakan salah seorang daripada 20 peserta yang mewakili Malaysia dalam pertandingan yang memberikan pengiktirafan kepada golongan profesional mahir dari seluruh dunia dengan mempamerkan kemahiran masing-masing.

Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 56 negara yang bertanding dengan memperoleh dua (2) Bronze dan sembilan (9) Medallion for Excellent

 

ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI 2017

Button
   
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2017 telah membuktikan bahawa keunggulan penciptaan inovasi pelajar-pelajar KKTM, MJII dan IKM adalah diiktiraf negara.
 
Keputusan Rasmi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2017 -KKTM/MJII/IKM

EMAS 
1. Cabinet Making (IKM TSYA, Pekan).
Mohd Kamarul Afzan bin Nazri
PERAK
1. Electronics (MJII, Beranang).
Aiman Fareeq bin Aizam Nor
2. Mechanical Engineering Design (IKM J.Bahru).
Yusri Shuhairi bin Yaakob
3. Graphis Design (KKTM Rembau).
Mohd Ikhwan bin Isam

GRADUAN TVET PILIHAN INDUSTRI

Button

PUTRAJAYA: Tahap kebolehpasaran graduan di empat gabungan institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), meningkat tahun lalu dengan 94 peratus mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata tahap kebolehpasaran graduan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) meningkat daripada 83 peratus pada 2016 kepada 94 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, ia membuktikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan terakhir untuk melanjutkan pengajian. Justeru, katanya, graduan dan ibu bapa perlu melihat bidang TVET sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua untuk kerjaya masa depan anak mereka.

“Menurut kajian pada 2016, sebanyak 59 peratus pelajar di Jerman melanjutkan pengajian mereka dalam program berasaskan TVET, Belanda (68 peratus); Australia (62 peratus); Indonesia (51 peratus) dan Thailand (41 peratus).

“Di Malaysia, setakat ini, hanya 28 peratus saja pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang TVET. Ini kerana masih ramai yang beranggapan bidang ini hanya untuk pelajar lemah dalam pencapaian akademik dan tidak mempunyai masa depan cerah.

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search