MIKROTIK

MJII, Selangor

Program Mikrotik

Pada tahun 2005, MARA-Japan Industrial Insritute (MJII) telah berusaha untuk mendalami kemahiran perisian Mikrotik RouterOS dan RouterBOARD. Seramai 6 orang pensyarah telah dihantar mengikuti kursus Mikrotik dan telah lulus serta layak untuk menjadi Mikrotik Academy Trainer.

Kelebihan kemahiran perisian Mikrotik RoutersOS dan RouterBOARD ini

Mikrotik RouterOS perisian dan perkakasan RouterBOARD digunakan secara meluas untuk memastikan banyak tugas-tugas pengurusan rangkaian dalam rangkaian ISP dan perusahaan kompleks dapat diuruskan dengan mudah. Jurutera rangkaian dan pembantu jurutera yang mempunyai kemahiran dalam RouterOS Mikrotik sangat diperlukan oleh Pembekal Perkhidmatan Internet dan System Integrators di seluruh dunia.

Antara output yang diperoleh setelah mengikuti program ini

Dengan tertubuhnya MJII sebagai Akademi Mikrotik pertma di MARA, lebih ramai pelajar akan dianugerahkan persijilan Mikrotik iaitu sijil MTCNA yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dengan memperkenalkan elemen keterbezaan dari segi persijilan tambahan ini, ia akan meningkatkan daya saing program yang ditawarkan di MJII.

Pelajar akan mendapat kemahiran dan pengetahuan tambahan mengenai penyelesaian rangkaian seterusnya memberi peluang keusahawanan ICT kepada pelajar.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search