Thursday, 11 January 2018 08:21

ASEAN SKILL COMPETITION 2016

IKM, KKTM dan MJII memenangi  5 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Asean Skill Competition yang diadakan di MAEPS, Serdang pada 19 hingga 29 September 2017

 

ASIAGRAPH REALLUSION AWARD 2016

Pasukan I-Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil Bin Mhd Yatim, Rukaini Bin Razlan dan Muhammad Ridzuan Bin Abd Mutalib, pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau memenangi Kategori 'Best Creative Awards' di pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti. Pertandingan bertemakan 'HERO' itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telahmembawa balik hadiah berjumlah USD 10,000.00.

 

INTERNATIONAL ROBOT CONTEST (IRC) 2016

Amaluddin Syahmi Bin Azuan dan Mohamad Iqbal Bin Baharom, pelajar KKTM Ledang telah memenangi tempat ketiga kategori Terbuka Dunia di International Robot Competition 2016 di KINTEX, Seoul, Korea Selatan pada 13 hingga 16 Oktober 2016

 

WORLDSKILLS COMPETITION ABU DHABI 2017

Muhammad Yusri Bin Baharuddin, MJII dan Mohd Izuwan Bin Mat Rabi, IKM Sungai Petani telah mendapat keputusan cemerlang di dalam pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2015 dan Asean Skills Competition (ASC), 2016 akan mewakili Malaysia dalam pertandingan WorldSkills Competition 2017 di Abu Dhabi bagi bidang Elektronic dan Cabinet Making.

Mohd Izwan telah berjaya membawa pulang Medallion For Excellent dalam bidang Cabinet Making buat pertama kalinya untuk MARA.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search