KARNIVAL IPMA JOHOR DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Antara pengunjung yang membanjiri Plaza Larkin pada hari pertama Karnival IPMA Johor

 

Johor Bahru, 30 Mac – Hari pertama Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang diadakan di Plaza Larkin mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 15,000 orang pengunjung.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, karnival ini amat penting sebagai platform kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menentukan hala tuju pengajian mereka pada masa hadapan.

“Melalui karnival ini pelbagai peluang melanjutkan pelajaran ditawarkan oleh IPMA seperti GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-Tech MARA, Kolej MARA (KM), Kolej Univeristi Poly-Tech MARA (KUPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta German Malaysian Institute (GMI),” katanya.

Hashimi menjelaskan, IPMA bukan sekadar menyediakan laluan pendidikan akademik sahaja bahkan kami menyediakan laluan teknikal dan vokasional sehingga tahap tertinggi yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk diceburi oleh para pelajar lepasan SPM.

“Karnival ini dianjurkan selama dua hari dan akan bersambung pada hari esok bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Kepada para pelajar serta ibu bapa yang tidak berkesempatan pada hari ini, silalah hadir pada hari esok bagi mendapatkan info secara terus berkenaan peluang pengajian di IPMA,” katanya lagi.

Read 651 times

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search