Biomedical Excellence Centre

KKTM Ledang, Johor

Tentang CSE, KKTM Ledang

Centre of Skill Excellence (CSE) KKTM Ledang ditubuhkan pada awal tahun 2015 dalam usaha memantapkan kemahiran dalam bidang bioperubatan selain daripada pengajian diploma sedia ada. 

CSE menumpukan kepada 3 teras dalam bidang kejuruteraan bioperubatan:
1. Peralatan Perubatan
2. Elektronik
3. Sistem dan Rangkaian Komputer

Tujuan program IEC

CSE bertujuan memberikan pendedahan dalam persekitaran sebenar industri bioperubatan. Pihak KKTM Ledang menjalin kerjasama dengan industri dalam pembangunan pembelajaran dan pengajaran (PnP) dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan kejuruteraan bioperubatan. Di samping itu, CSE menjadi platform dalam bidang teknousahawan di mana produk dan kepakaran keluaram KKTM Ledang dapat dikomersialkan.

Program yang ditawarkan oleh CSE

CSE KKTM Ledang mnawarkan program dan aktiviti yang menggunakan peralatan perubatan yang lengkap dan komprehensif merangkumi bidang diagnostik dan terapeutik, makmal serta radiologi dan pengimejan. Terdapat kemudahan dan peralatan elektronik dan ICT yang terkini seperti Makmal Pengimejan dan radiologi yang berintegrasi dengan sistem HIS dan RIS-PACS untuk simulasi situasi sebenar di hospital HIS dan RIS-PACS merupakan sistem yang digunapakai secara meluas di hospital sebagai sistem atas talian.










HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search