IKM LUMUT MEMENANGI ANUGERAH EMAS DI REGIONAL CONVENTION ON TEAM EXCELLENCE (5S) WILAYAH UTARA

Institut Kemahiran MARA Lumut Perak yang telah diwakili oleh kumpulan IKMAL berjaya merangkul anugerah emas di Regional Convention On Team Excellence (5S) MPC (Northern Region)    pada 3-4 Jun 2014 bertempat di Casuarina Meru, Perak Darul Ridzuan. IKMAL yang diwakili oleh Puan Myazaitul Akma binti Mohammad, Puan Norazlina binti Mohd Nasir, Puan Roslenda binti Mohd Nawi, Encik Zamzuri bin Zolkefli dan Encik Mohd Nazri bin Ahmad.  

Penyertaan kali pertama IKMAL ini telah mempertaruhkan projek Asramaku Rumah Keduaku yang akhirnya membawa kejayaan yang cemerlang kepada Institut Kemahiran MARA Lumut. Kejayaan ini merupakan rentetan daripada anugerah Emas yang telah diterima oleh IKM Lumut di Konvensyen QE/5S KKTM IKM 2014 di KKTM Kuantan April yang lalu. 

 

Penilaian MPC di konvensyen kali ini adalah berdasarkan standard kriteria baru yang merupakan satu cabaran kepada IKMAL dalam konvensyen ini. Selain itu, projek Asramaku Rumah Keduaku juga merupakan sebuah projek yang amat ketara perbezaannya berbanding penyertaan lain. 

Juri berpendapat ianya unik kerana ia bukan sekadar projek ke arah penjimatan tetapi aspek utama yang mencabar pelaksanaannya adalah sikap pelajar. Kejayaan IKML di Konvensyen Peringkat Wilayah Utara ini telah melayakkan IKM Lumut untuk bertanding di Konvensyen seumpamanya di peringkat kebangsaan pada Oktober nanti.