Tahniah BKT! Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Persekitaran Berkualiti QE/5S Peringkat Wilayah Selatan

 

Team  BKT MARA  telah Berjaya mendapat Anugerah EMAS di dalam Konvensyen Team Excellence Persekitaran Berkualiti QE/5S Peringkat Wilayah Selatan. BKT MARA adalah team tunggal dari Majlis Amanah Rakyat pada peringkat Wilayah Selatan. Konvensyen ini telah diadakan di Berjaya Water Front Johor Bharu dari 11/6/2014 hingga 13/6/2014.

Kemenangan ini juga membolehkan Team  BKT MARA ke Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di KLCC sekitar pada bulan November tahun ini. Peserta dari Team BKT MARA diwakili oleh, Pn. Nik Ruhayati binti Nuawi, En. Ahmad Mukhlis b. Mat Daud, En. Razman bin Ishak, En. Muhamad Salim b. Hashim dan Pn. Fauzilah binti Ismail.