Berita

‘Entrepreneur De' Voyage - Mohd Farid Razali'

24 Mei 2017 

 

Mohd Farid Razali - Lead Engineer Project, Crown Holdings, Paris (KKTM Balik Pulau 2006-2008)

Seronoknya dapat bertemu dengan Jurutera Malaysia yang bekerja di Kota Paris. Menariknya dahulu beliau adalah pelajar bidang kejuruteraan di KKTM Balik Pulau. Itulah yang pasti diperolehi jika terus berfikiran positif dan tidak berputus asa. Mengembara, belajar dan bekerja semuanya bukan destinasi tetapi perjalanan. Oleh kerana itu, beliau berpegang kepada prinsip buatlah yang terbaik di setiap perjalanan hidup kita. Setiap kesusahan pasti ada penyelesaian untuk penambaikkan. Jika tidak sempurna penyelesaiannya pasti boleh ditambah dengan solusi yang difikirkan terbaik.

Yakin apa yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik dan mampu dipikul oleh setiap insan. Hasrat utamanya adala ingin membuat ibu bapanya gembira dan bangga terhadap dirinya. Selain menjadi usahawan Bumiputera yang berjaya diwaktu ini., beliau kini berjinak-jinak menceburi bidang membekal makanan ala kampung dan barangan masyarakat Melayu di kota Paris. Setelah beberapa tahun menetap di sana, beliau mengetahui terlalu banyak peluang yang boleh diceburi. “Its now or never” getus hatinya yang berpegang teguh kepada displin diri yang menjadikan Farid seorang yang komited dan tidak suka bertangguh. Menurut beliau, lulusan bidang teknikal dari IKM dan KKTM mempunyai pengetahuan yang tinggi. Akan tetapi kita perlu belajar untuk menerangkan sesuatu yang teknikal dengan cara yang lebih baik. Masyarakat Barat memerlukan mereka yang proaktif dan mudah berkomunikasi. Itulah pengalaman dan pemerhatian beliau sepanjang di perantauan.

Namun sejauh mana kita mampu pergi, tanah air tetap di hati. “Tempat jauh lagilah dikenang inikan pula tanahair sendiri. Hujan emas di negeri orang…” pepatah yang menjadi buah mulut beliau yang merasakan pengajian di KKTM Balik Pulau adalah platform yang paling berjasa kerana melonjakkan keyakinan beliau untuk menjadi pakar dan berkemahiran dalam bidang yang dipelajari. Amatlah malang dan terasa kerugian jika kita telah diberi bantuan berkaitan ilmu teknikal namun tidak dapat membantu memajukan bangsa kita sendiri. Lagilah bertambah malang jika kita bukan sahaja tidak membantu malah menghancurkan bangsa kita dengan memecah belahkan kesatuan bangsa. Itulah antara getusan hati anak muda ini. Pesannya, solat, doa dan tawakal wajib dijaga. Kesemua elemen ini adalah penting untuk kita menjadi seorang yang Berjaya di dunia dan di akhirat kelak.