Berita

‘Always Believe In Yourself, Your Passion, Your Dream and Just Go For It'

9 May 2017 

MOHD HAZZERWAN BIN MOHD AZLEE - FASHION DESIGNER      

(KKTM REMBAU 2008 - 2010)

 

Merupakan kumpulan pertama lulusan Diploma Cemerlang di KKTM Rembau yang ditaja oleh MARA untuk menyambung pelajaran ke luar negara, pemegang ijazah dari Heriott Watt University Scotland dalam bidang “Fashion Design in Industry” ini telah dipilih sebagai tiga pereka fesyen terbaik untuk menyertai program London Muslim Lifestyle di London.

Bermula dengan pentas Runaway “MARA in Fashion (MiF) 2016”, ia telah membuka ruang kepada usahawan rekaan fesyen Bumiputera seperti beliau untuk berkarya dan membina legasi perniagaan yang bakal melonjakkan nama Malaysia melalui rekaan dan produk dengan identiti tersendiri. Antara kejayaan yang beliau telah lakarkan adalah “Best Collection in Edinburgh Graduated Fashion Show”,”First Non-Local Fashion Sudent to Exhibit His Fashion Collection at One of The Prestigious Musuem and Gallery in scotlad” dan memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Jarum Berlian Utusan Malaysia 2015.

Menggunakan label Hazzer Wan Lee (HWL), beliau merancang untuk mengeluarkan rekaan busana “Ready to Wear” di masa hadapan bagi pasaran dalam dan luar negara serta ingin membina empayar perniagaan seperti idolanya Datuk Jimmy Choo. Menyambung legasi bakat menjahit pakaian daripada keluarga, falsafah kehidupan beliau ialah “Always Believe In Yourself, Your Passion Your Dream And Just Go For It”!. Untuk membalas jasa MARA, beliau menyimpan hasrat untuk berkongsi kepakaran sebagai mentor kepada pereka fesyen muda bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang fashion and lifestyle sepertinya.