1.0 TARIKH

Majlis Konvokesyen Perdana Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) 2016 secara berpusat pada 15 hingga 17 April 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

2.0 GRADUAN YANG TERLIBAT

2.1. Majlis konvokesyen ini hanya melibatkan pelajar program perdana KKTM, MJII dan IKM serta telah menamatkan pengajian dengan jayanya.

2.2. Konvokesyen Perdana KKTM, MJII & IKM 2016  ini hanya melibatkan graduan KKTM, MJII dan IKM di Semenanjung Malaysia sahaja. 

2.3. Graduan yang akan menyertai konvokesyen pada kali ini adalah mereka yang telah menamatkan pengajian bagi sesi berikut:

(a) Januari - Jun 2015

(b) Julai - Disember 2015

3.0 TEMPAT DAN TARIKH KONVOKESYEN

3.1. Konvokesyen Perdana KKTM, MJII & IKM 2016, akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan tertakluk kehadiran graduan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh Raptai : 15 April 2016 (Jumaat)

Tarikh Konvokesyen   : 16 – 17 April 2016 (Sabtu dan Ahad)

Bilangan Sidang : 3 sidang 

 

3.2. Jadual Pendaftaran dan Susunan Sidang adalah seperti berikut:

Graduan

Tarikh Pendaftaran

Tarikh Konvokesyen

Sidang

Diploma

15 April 2016

8.00 pagi

16 April 2016

7.30 pagi

1

Sijil

16 April 2016

8.00 pagi

16 April 2016

2.00 petang

2

17 April 2016

7.30 pagi

3

Nota: Susunan sidang bagi program sijil yang terlibat untuk sidang 2 dan 3 akan dimaklumkan di Buku Panduan Graduan dan di laman web yang dinyatakan di klausa 3.4.

3.3. Semua graduan Diploma hendaklah menyertai raptai dan pengambilan jubah pada 15 April 2016 jam 10.00 pagi.

3.4. Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat majlis konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut sesi dan program melalui laman web seperti berikut: 

(i) http://www.ekemahiran.edu.my

(ii) http://www.facebook.com/ekemahiran

4.0 PROSES PENDAFTARAN

4.1. Semua urusan pendaftaran graduan hendaklah dilakukan sehari sebelum tarikh penganugerahan skrol bagi graduan tersebut.

4.2. Bagi memudahkan urusan kelancaran majlis konvokesyen, graduan hendaklah membawa bersama Buku Panduan Graduan dan Kad Jemputan.

 

5.0 BUKU PANDUAN GRADUAN DAN KAD JEMPUTAN

5.1. Buku Panduan Graduan akan diberi bersekali kepada graduan bagi memudahkan graduan memahami dan melakukan tindakan atas segala arahan yang diberikan.

5.2. Graduan dikehendaki memberikan alamat surat-menyurat yang tepat di Borang Pengesahan Kehadiran Konvokesyen bagi proses pengeposan Buku Panduan Graduan dan Kad Jemputan.

6.0 YURAN GRADUASI

6.1. Graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini adalah diwajibkan membayar yuran graduasi sebanyak RM210.00 (Ringgit: Dua Ratus dan Sepuluh Ringgit Sahaja).

6.2. Graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini hendaklah menjelaskan yuran graduasi sebelum atau pada 9 Mac 2016 (Rabu).

6.3. Kaedah pembayaran hendaklah menggunakan “Wang Tunai atau Wang Pos/Kiriman Wang Pos” atas nama Pengarah KKTM, MJII dan IKM masing-masing.

6.4. Skrol dan transkrip graduan hanya boleh dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen dan segala yuran termasuk yuran graduasi dan hutang tertunggak (jika ada) hendaklah dijelaskan.

6.5. Graduan hendaklah membawa resit bayaran atau keratan wang pos tersebut di kaunter pendaftaran sebagai bukti bayaran.

6.6. Graduan yang telah menjelaskan bayaran yuran graduasi tetapi tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, tidak akan menerima kembali bayaran tersebut.

6.7. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga dikehendaki membayar yuran sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja) bagi kos skrol dan transkrip graduasi.

6.8. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh membayar yuran graduasi pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter KKTM, MJII dan IKM masing-masing. 

7.0 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

7.1. Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan kajian pengesanan graduan sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan serta sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara.

7.2. Semua graduan WAJIB melengkapkan borang kajian tersebut secara online di http://graduan.mohe.gov.my/skpgtvet/ bermula pada 1 Mac hingga 13 April 2016. Graduan yang telah melengkapkan borang kajian tersebut perlu mencetak slip pengesahan dan dibawa semasa sesi pendaftaran. 

7.3. Graduan hendaklah mengisi maklumat terkini status kebolehpasaran dengan betul dan lengkap.

7.4. Bagi graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga dikehendaki mengisi borang kajian tersebut dalam tempoh seperti klausa 10.2 dan mengemukakan slip pengesahan semasa tuntutan skrol dan transkrip graduasi. 

7.5. Graduan tidak dibenarkan mengambil jubah, skrol dan transkrip jika gagal melengkapkan borang kajian pengesanan graduan.

 

 

8.0 ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN

           Graduan yang menghadiri majlis konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (Rujuk Gambar 1)

Wanita 

• Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher dan pakaian konvokesyen. 

• Warna pakaian adalah bebas.    

• Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna  ‘hood’ kluster masing-masing.

• Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang tidak dibenarkan.

• Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan.

Lelaki 

• ‘Lounge suit’ (warna gelap) atau baju kebangsaan lengkap bersampin, kasut (warna gelap) dan pakaian  konvokesyen. 

• Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan.

• Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.

• Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas. 

          Contoh Etika Pemakaian Graduan

 

Sila klik disini untuk merujuk buku panduan graduan.

9.0 PERATURAN MASUK TETAMU (IBU BAPA/PENJAGA)

         Tetamu graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah berpakaian seperti berikut:

           Lelaki 

• Kemeja lengan panjang, baju kebangsaan atau baju batik dan berkasut

• Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan.

• Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.

• Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas.

  Wanita 

• Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher atau baju kebangsaan serta sopan. 

• Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.

• Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan.

10.0 PETA LOKASI PICC