T01 - SIJIL SENIBINA

Tempoh Pengajian

24 bulan (sepenuh masa)

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

2) Lulus Matematik

DAN

Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / atau setara pada peringkat SPM; atau Lulus Ujian Portfolio bagi mereka yang gagal atau tidak mengambil pelajaran Pendidikan Seni Visual/ Lukisan. Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM termasuk lulus Matematik.

Sinopsis Program

Program ini merangkumi kaedah dan juga teknik yang betul dalam penyediaan lukisan-lukisan senibina seperti lukisan pelan bangunan, lukisan perkhidmatan bangunan, lukisan siap bina, lukisan pendawaian elektrik, lukisan sistem saluran paip dan sistem pembuangan air serta lukisan perspektif. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada kerja-kerja pembentukan model bangunan. Lukisan-lukisan dan model bangunan tersebut dihasilkan dengan kaedah konvensional serta kaedah CAD.

Prospek Kerjaya

Pelukis Pelan (Draughtsman), Penyelia Tapak Pembinaan, CAD Person dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

• Diploma Senibina (KKTM Pasir Mas)

• Diploma Senibina (UTM)

• Diploma Senibina (Politeknik)

• Diploma Senibina (IUCT)

T02 - SIJIL LANDSKAP

Tempoh Pengajian

24 bulan (sepenuh masa)

IKM Terlibat

Sik

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

2) Lulus Matematik

DAN

Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan / Landskap dan Nurseri / Hortikultur Hiasan dan Landskap atau setara pada peringkat SPM;

Atau

Lulus Ujian Portfolio bagi mereka yang gagal atau tidak mengambil pelajaran Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan atau setara pada peringkat SPM.

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara

DAN

Lulus SPM termasuk lulus Matematik.

Sinopsis Program

Program ini merangkumi kaedah dan juga teknik yang betul dalam penyediaan lukisan-lukisan senibina seperti lukisan pelan bangunan, lukisan perkhidmatan bangunan, lukisan siap bina, lukisan pendawaian elektrik, lukisan sistem saluran paip dan sistem pembuangan air serta lukisan perspektif. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada kerja-kerja pembentukan model bangunan. Lukisan-lukisan dan model bangunan tersebut dihasilkan dengan kaedah konvensional serta kaedah CAD

Prospek Kerjaya

Kontraktor, juruteknik, perunding rekabentuk dan penyelengara landskap di taman rekreasi, taman tema, tapak semaian dan sebagainya dalam sektor awam dan swasta, usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

• Diploma Senibina (KKTM Pasir Mas)

• Diploma Senibina Landskap (IUCKL)

• Diploma Senibina Landskap (UiTM)

T31 - DIPLOMA SENIBINA

Tempoh Pengajian

36 bulan (sepenuh masa)

KKTM Terlibat

Pasir Mas

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Matematik 

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN

3) Satu subjek lain

 Lulus Bahasa  Inggeris

ATAU

1.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA ≥ 2.50 

ATAU

2.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

ATAU

3. Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM  mata pelajaran berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa  Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara

DAN

1) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik

ATAU

5. Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

Program ini menawarkan pengetahuan akademik dan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang senibina dalam usaha menghasilkan pekerja mahir dan terlatih bagi pembinaan industri global di samping membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat profesional yang lebih tinggi. Program ini turut menggalakkan pelajar ke arah bidang keusahawanan teknikal.

Prospek Kerjaya

Pembantu penyelia projek, kontraktor dalam bidang seni bina dan industri pembinaan, usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

• Sarjana Muda Senibina (UTM)

• Sarjana Muda Senibina (UiTM)

• Sarjana Muda Senibina (USM)

• Sarjana Muda Senibina (UPM)

T32 - DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN

Tempoh Pengajian

36 bulan (sepenuh masa)

KKTM Terlibat

Rembau

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Matematik 

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN

3) Satu subjek lain

 Lulus Bahasa  Inggeris

ATAU

1.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA ≥ 2.50 

ATAU

2.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

ATAU

3. Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM  mata pelajaran berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa  Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara

DAN

1) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik

ATAU

5. Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

1) Matematik

2) Bahasa Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Sinopsis Program

Program ini memfokuskan kepada rekabentuk dan persekitaran dalaman bagi semua aspek struktur, ruang dan susun atur bahan. Pelajar akan mempelajari konsep rekabentuk dalaman berdasarkan konteks fizikal, budaya, alam sekitar dan sejarah rekabentuk senibina dalaman di samping membangunkan rekabentuk dalaman yang kreatif dan berdaya cipta samada bagi ruang awam atau peribadi.

Prospek Kerjaya

Perunding swasta, pereka dalaman korporat dan rekabentuk untuk spektrum yang luas dalam sektor awam dan swasta termasuk kediaman, pejabat, hotel, pameran dan persekitaran runcit, usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam dan luar negara seperti:

•Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Seni Reka Dalaman) (UIAM)

•Sarjana Muda Rekabentuk Dalaman (Kepujian) (Raffles University Iskandar)

•Sarjana Muda Sains (HBP) Pengkhususan dalam Rekabentuk Dalaman (USM)