N21 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKAN

Tempoh pengajian

24 bulan (sepenuh masa)

IKM Terlibat

Kota KinabaluBesutBeseri

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

2) Lulus Matematik

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara 

DAN

Lulus SPM termasuk lulus Matematik

Sinopsis Program

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang merangkumi kemahiran memasang, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai jenis penghawa dingin dan sistem penyejukan. Program Persijilan Juruteknik Servis (CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.

Prospek Kerjaya

Juruteknik mekanikal, pakar penyaman udara dan penyejukan, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan 

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

• Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penjejukan (IKM Johor Bahru)

• Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penjejukan (UniKL)

N22 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIK INDUSTRI

Tempoh Pengajian

24 bulan (sepenuh masa)

IKM Terlibat

Kuala LumpurJasinJohor Bahru

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

2) Lulus Matematik

ATAU

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara 

DAN

Lulus SPM termasuk lulus Matematik

Sinopsis Program

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanik industri yang merangkumi kerja-kerja menggegas, mengimpal, mencanai, membaik pulih serta merombak rawat mesin-mesin industri dan kompenennya menerusi kaedah konvensional dan Computer Numerical Control (CNC). Graduan juga akan berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja asas elektrik dan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem kawalan pneumatik & hidraulik di samping asas teknologi pengeluaran

Prospek Kerjaya

Mekanik industri, juruteknik dalam sektor awam atau swasta, usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

• Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan 

(KKTM Balik Pulau)

• Diploma Teknologi Ketepatan CNC (GMI)

N61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN

Tempoh Pengajian

36 bulan (sepenuh masa)

IKM Terlibat

Johor Bahru

Kelayakan

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Matematik 

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN

3) Satu subjek lain

 Lulus Bahasa  Inggeris

ATAU

1.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA ≥ 2.50 

ATAU

2.  Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion IKM atau institusi lain yang setara dengan  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

ATAU

3. Lulus STPM dengan  mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM  mata pelajaran berikut:

1)  Matematik

2)  Bahasa  Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf  atau setara

DAN

1) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik

ATAU

5. Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus di peringkat SPM subjek berikut:

1) Matematik

2) Bahasa Inggeris

3) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

Sinopsis Program

Program ini menyediakan pelajar dengan kebolehan praktikal serta teori dalam bidang teknologi kejuruteraan penyaman udara dan penyejukan. Sepanjang 36 bulan, pelajar perlu menjalani latihan dalam bidang penyaman udara dan penyejukan meliputi rekabentuk sistem, pemasangan, penyelenggaraan, pemasangan elektrik dan pengurusan projek. Program Persijilan Juruteknik Servis(CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.

Prospek Kerjaya

Juruteknik atau pembantu jurutera dalam pembuatan penyaman udara, penolong jurutera untuk perunding dan firma kontraktor, servis dan membaiki sistem penyaman udara, usahawan

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

·   Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) (Penyamanan Udara dan Penyejukan Industri) (UniKL MFI)

S01- DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Tempoh Pengajian

36 Bulan

IKM Terlibat

Sik, Kuala Lumpur

Syarat Kelayakan

Lulus SPM dengan dua  (2) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:  

1) Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains /Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV),

2) Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.