Utama

Pada 11 Mac 2015,KKTM Sri Gading telah menganjurkan Karnival What’s Up yang bertemakan ‘Perniagaan Berpendidikan’ bersempena Minggu Aktiviti Pelajar. 

Tujuan utama karnival ini diadakan adalah ingin menonjolkan kolej kepada masyarakat dan komuniti kepada generasi muda bumiputera untuk meneruskan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Karnival yang berlangsung selama lima hari iaitu bermula 11 hingga 15 Mac 2015 dengan  kerjasama NGO, badan-badan kerajaan, pihak swasta dan koperasi ini diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Antaranya ialah pengambilan pelajar  baru IPMa, taklimat peluang pendidikan MARA, college tour,program Bicara Siswa,pameran agensi kerajaan dan MARA serta lain-lain lagi. 

Karnival ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Aziz Kaprawi,Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading dan turut memeriahkan majlis ialah Pengarah MARA Negeri Johor, Puan Adilah Binti Hassan, pegawai-pegawai kanan MARA, pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan dan agensi, pihak-pihak sekolah dan masyarakat setempat Sri Gading. 

Facebook Display