Utama

'MARA Perkasa MARA Digital Sebagai Industry Player Bidang ICT & Teknologi'

13 Oktober 2017

Dalam memperkukuhkan kuasa membeli pelanggan dan kemampuan usahawan kita untuk bersaing. MARA telah bersiap sedia dengan kekuatan dari segi tenaga mahir dan pembangunan teknikal seperti latihan dalam bidang berkaitan seperti kursus membaiki telefon di GIATMARA Malaysia dan bidang kejuruteraan, perisian komputer, multimedia dan berbagai bidang kejuruteraan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) serta di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Ini tidak termasuk kursus-kursus baru yang telah di kenalpasti untuk dilaksanakan seperti Diploma Internet of Things (IOT) yang merupakan bidang yang penting di masa hadapan.

Manakala dari sudut usahawan pula, pengwujudan MARA Digital ini adalah bertujuan memberi kedudukan yang lebih stabil dan kukuh kepada usahawan Bumiputera kita untuk menjadi Industry Player didalam bidang keusahawanan ICT dan teknologi.

Dalam masa yang sama memberi peluang kepada bakal usahawan muda Bumiputera berlatarbelakang bidang berkaitan untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan teknologi dan ICT selaras dengan arus pembangunan dunia masa kini.

Inisiatif penubuhan MARA Digital juga merupakan satu rantaian nilai (supply chain) antara usahawan ICT dan pembekal ini akan terbina dengan kompetetif. Lebih-lebih lagi aktiviti samaada promosi dan keusahawanan di setiap MARA Digital akan dipantau oleh Jawatankuasa MARA Digital yang turut disertai oleh agensi seperti KPDNKK. Ini adalah bagi memastikan tahap keyakinan pelanggan terhadap produk-produk yang dibeli di MARA Digital sentiasa menjadi keutamaan MARA.

Paparan Facebook