Utama

‘5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Iklan Raya 'Hati Emas' MARA'

03 Julai 2017 


1.      Paling utama ni adalah kes sebenar ibu tunggal 3 anak yang mana salah seorangnya adalah OKU. Memang projek sebenar oleh pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani, Alor Setar dan Sik bagi program Hati Emas MARA di Kampung Kerkau, Pendang. Kemahiran pengubahsuaian rumah, pendawaian elektrik dan pembuatan perabot yang dipelajari di kolej digunakan membantu ibu tunggal ini.

2.      Iklan raya ini dihasilkan sendiri oleh para pelajar perfileman Kolej Kemahiran Tinggi Rembau. Sekali lagi kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasi dalam projek yang sebenar. Kira menag hebat palajar perfileman KKTM Rembau, belum habis pengajian, mereka sudah berjaya hasilkan iklan yang bertaraf professional.

3.      Para pelakonnya dikalangan warga kerja MARA dan kanak-kanak kampung Kerkau juga. Walaupun mereka tanpa pengalaman berlakon. Hasilnya tidak menghampakan dan tidaklah nampak kaku.

4.      Ketika negara dihidangkan dengan kes-kes salah laku moral anak muda (buli dan sebagainya), iklan ini memaparkan masih ada anak-anak muda yang sanggup mengorbankan cuti semester mereka dan memerah keringat untuk berbakti pada komuniti setempat.

5.      Bosan dihidangkan dengan iklan raya yang mesejnya kesedihan. RAYA bukan setakat untuk bersedih, nikmat RAYA juga boleh ditafsirkan dengan Kegembiraan yang dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Tonton Hati Emas di sini >> https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/videos/1418543821514998/

 

 

Paparan Facebook