Utama

‘Skuad MyHeart Hulur Sumbangan'

Kuantan |20 Jun 2017 

Khairuddin (tengah) dan Dr. Mahazani Ali (sembilan dari kanan) bersama Skuad MyHeart sempena program sekampit beras sekilo gula di Kuantan

 

KUANTAN: Skuad Kemanusiaan, Kecemasan dan Penyelamat (myHEaRT), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTMKu) hari ini tampil menghulurkan sumbangan kepada 90 penerima di beberapa kampung di sini.

Kalangan penerima daripada golongan memerlukan termasuk ibu tunggal dan warga tua datang dari Kampung Jaya Gading dan Kampung Padang Jaya, di sini.

Program `Sekampit beras sekilo gula’ itu antara inisiatif kakitangan dan pelajar kolej itu untuk meringankan beban golongan memerlukan bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Pengarah KKTMKu, Dr Mahazani Ali, berkata inisiatif KKTMKu melalui skuad myHEaRT bertujuan membantu penduduk di dua kampung berkenaan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis yang dikategorikan golongan memerlukan.

Katanya, seramai 112 kakitangan KKTMKu termasuk pelajar melancarkan kutipan derma dan hasil kutipan itu pihaknya membeli beras dan gula untuk diagihkan kepada 90 penerima.

Turut sama pada majlis penyampaian bantuan adalah ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan Ketua Kampung Jaya Gading, Abu Shaari Alias; Timbalan Pengarah KKTMKu, Mohd Hazlen Ramli serta kakitangan kolej.

Paparan Facebook