Utama

‘NEXT INVENTOR, NEVER SURRENDER’

MJII│13 – 14 Ogos 2016

 

Satu pertandingan inovasi robot ciptaan yang melibatkan seluruh IPTA, IPTS, ILKA, ILKS serta syarikat terbuka Malaysia telah diadakan di Dewan Hyogo, MARA Japan Industrial Institute (MJII) pada 13 hingga 14 Ogos 2016. Pertandingan MJII RoboFighto yang bertemakan “Next Inventor, Never Surrender” ini disertai oleh 52 pasukan yang bertanding.

Terdahulu, majlis disempurnakan oleh Y.B Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir ialah Encik Azhar Bin Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan (TKPKP) MARA, Encik  Abdul Halim Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (TKPP) MARA, Encik Mahzan Bin Teh, Pengarah Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA serta Encik Mohamed Roseli Bin Dol, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

Pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini telah memperlihatkan kemahiran teknikal yang tinggi dalam menghasilkan robot – robot yang mampu menewaskan pesaing mereka. Semangat satu pasukan dan daya tahan mental serta fizikal yang mantap antara pelajar–pelajar ini membolehkan mereka mencapai kejayaan yang diidamkan.

   

Keputusan keseluruhan pertandingan ini adalah seperti berikut:

MAIN STAGE BATTLE

Champion: MJII RIDER (MJII)

1st runner-up: MJII MISTA (MJII)

2nd runner-up: KKTM PJ1 (KKTM PETALING JAYA)

3rd runner-up: UFO (GMI)

Kategori Royal Rumblez: BM BIOTIC (IKTBN Bukit Mertajam)

Kategori Best Design Award: KKTM PJ1 (KKTM PETALING JAYA)

Kategori Best Technology Award: Bangsi Ajaib (Kelab Robotik Persendirian)

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

Facebook Display