Utama

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA PELAJAR CEMERLANG MARA

31 Mei 2016 │ Hotel Premiera Kuala Lumpur

 

Program telah diadakan di Dewan Utama Hotel Premiera Kuala Lumpur pada 31 Mei 2016. Program ini telah di sempurnakan oleh YAB. Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Tan Sri Annuar Bin Musa, Pengerusi MARA, Ahli Majlis MARA serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Bin Ahmad.

Dalam majlis ini, YAB. Menteri KKLW telah menyampaikan surat tawaran kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian MARA seluruh Malaysia.

Pada majlis tersebut, Mira Atika Bt. Mansor, merupakan satu-satunya  pelajar Orang Asli yang telah terpilih melanjut pelajaran ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor dalam program Radiology dan Pengimejan. Ucapan tahniah turut disampaikan oleh Encik Mahzan Bin Teh, Pengarah Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA.

Warga Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Mira Atika dan diharapkan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya kelak.

             

 

Facebook Display